MySpace Backgrounds

Friday, December 31, 2010

last day of 2010

seriously, x sangka da hari terakhir for 2010.. cpt glew mase berlalu.. nk masuk 2011.. n i will become spm candidates.. tu la rasenye azam yg paling aku kene capai utk thn 2011.. harap2 tercapai n dimakbulkan oleh ALLAH.. Amin..!!

Saturday, December 18, 2010

14 hari yg banyak mengajar aku..

Assalamualaikum..
  hmm.. dlm mase 14 hari  ni aku bnyak belajar something yg pnting dlm hidup..
  alhamdulillah aku dpt trime perubhan yg berlaku.. 

 sifat merendah diri, berani, jgn terburu2, think positive, slalu bersyukur dgn apa yg kita ada, jgn fikir diri sendiri,  tolong - menolong antara satu sama lain... trima kasih bnyak2 pd org yg tlah mengajar aku supaya mengamalkan nilai2 ni dlm hidup.. bertuah sgt2 ada mereka dkt sekeliling aku.. aku harap hidup aku akn lebih gembira dgn adanya mereka dlm hidup aku..

Saturday, December 4, 2010

HangOut..!!

Assalamualaikum..
  hmmm.. first skali aq nk ckp sory kat teented/vd bab x dpt join g jj n hangout ngan korg.. my sis bertunang then rase x elk kalo aku x da kn.. harap korg ley faham.. myb nxt time kte ley hang out same2.. wani, sory ek..
but aq rndu kat korg sgt24..

  my sis da slamat bertunang.. alhamdulillah.. bez sgt sbb famly berkmpul ramai2.. wat keje same2.. work togethers.. even hari hujan.. n the ceremony berjln dgn lancar.. walaupn pnat tp bez sgt22..

  then esknye.. abg aq plan g jln2.. time to hangout with family..!! but i don't know where we will going.. there is question mark in my mind.. just wait n see..

Thursday, November 25, 2010

Ostel Life !!!!!

Assalamualaikum..
 kat sini aku nk crita experiance p'tama aku dok kat ostel..

sbenanye aku x pernah terfikir pn nk msok skolah yg berasrama.. sbb bg aku kat rumah ada segala-galanya.. kita bbas nk buat apa2 saje yg kte nk.. nk mkn x payah ikut time.. nk tgk tv.. nk buat itu.. nk buat ini.. just bile2 mase je.. tp bile da abs je PMR.. aku tgk kwn2 sibuk isi borg itu.. borg ini.. tok masuk SBP o MRSM.. aku pon join je la.. lgpn parents aku, kakak aku n pak cik2 n mak cik2 aku pn suruh amik.. tp aku amik pn borg tok msok SBP.. sbb aku tau aku semestinya x layak.. hehe..

actually life kat ostel ni x da teruk mane.. best gak.. aku ckp mcm ni pn sbb.. aku dah ditawarkn msok ke MRSMF.. kat sini aku blaja mcm2.. smua bnda kita buat sndri BERDIKARI!!.. kat sini gak aku blajar sikap give n take.. kdg2 dlm kehidupan kite kne mengalah.. sbb dkt asrama kita bkn hidup sorg2..

dok kat ostel.. aku kenal ramai kawan.. n aku dpt mngenali prangai derang ni dgn lebih mendalam.. ada yg jenis blaja 24 jam, suke tdo, suke mengumpat, tergedik2, mcm2 la.. tp inikan la lumrah hidup.. mmg natural la prangai2 plaja2 dia mcm ni.. mase mle2 dlu aku slalu doa supaya dpt kawn2 yg satu prangai dgn aku.. n alhamdulillah aku dpt kwn2 yg boleh dikatakn gile2 gak la.. kteorg bole share mcm2.. masalah ke.. apa2 je.. ni m'buatkan kteorg mcm family..
biasala bila dok kat ostel bkn smua bnda akn menggembirakan of coz ada jgk perkara2 yg menyedihkn.. ini merupakn lumrah kehidupan kita sbg manusia.. rite..??

Tuesday, November 23, 2010

Alam Maya vs Alam Realiti

Alam Maya VS Alam Realiti
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: cahaya hati8
Editor: fazly_90

Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.

Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.

Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..

Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.

Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..


Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..

Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..

Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..

Lihat sudah keadaan di kampus.. Lupa sudah pada rakan yang bersama sebilik.. Penting lagi melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan sebilik terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..

Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??

Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..

Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata..


Teguran Itu Penting

Teguran Itu Penting
www.iluvislam.com

Oleh: Mahasiswa21
Editor: cincaugoreng
 
Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh  
http://3.bp.blogspot.com/_WXdDL1OOkUA/TJi6yza5xdI/AAAAAAAAAAc/zSfC6SDU5v8/s320/IMG_0594.JPG

Jerash, Jordan
 
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.
 
Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba  menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup. 
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.
 
Orang yang Ditegur


Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
 
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?. 
 
Yang Paling Penting
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Sunday, November 21, 2010

Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah..
cuti skola da mula.. da msk mggu kedua.. homewrk jgn nk kata.. mmg banyak.. tp aku still x da mood nk buat.. dwnloads pn blom lg..
nxt yer da spm.. aku still cam x da arah tuju.. haha.. tp insyaallah smua ni akn berubh kalo ada niat di hati.. Spm thn 2011 aku kne struggle memandangkn aku ank bongsu dlm keluarga.. menjadi tunggak harapan yg terakhir.. berat jgak rasenye cabaran nie.. aku kne bktikan to my parents that i can achived an excellent result..
ckup2 la crita pasl study..

now aku nk cite psl kwn2 plak.. seriously aku rndu sgt2 kat kwn2 aku.. teented vs VD yg terdiri daripd mas, hawe, fara, dyra, nuen, alyn, pris, wani, anis, syaza, tya, didie.. Ruqayyah members : dira, manda, aqi, has, fathiyah, dayah, shima, zu, fina, ira, shu, shima, n zaty,, mmg rndu sgt2 la.. hope persahabatan kita x pernah pernah berakhir..